Hanyut
Aku
Hanyut aku, kekasihku!
Hanyut aku!
ulurkan tanganmu, tolong aku.
sunyinya sekelilingku !
tiada suara kasihan, tiada
angin mendingin hati,
tiada air menolak ngelak.
Dahagakan kasihmu, hauskan
bisikmu, mati aku
sebabkan diammu.
Langit menyerkap, air berlepas
tangan, aku tenggelam
Tenggelam dalam malam,
air di atas menindih keras
bumi di bawah menolak ke atas
mati aku, kekasihku, mati aku !
Karya : Amir
Hamzah
0 komentar:
Posting Komentar